Home » » Kembara Dakwah Chiang Rai Dec 15 - Day 5 (1)

Kembara Dakwah Chiang Rai Dec 15 - Day 5 (1)

Written By KAA on Saturday, 2 January 2016 | January 02, 2016

Misi Dakwah KAA bersama Al Ansor Hari ke-5 Jam 12pm

Kalau datang ke Chiang Rai rasanya rugi kalau tidak melawat ke tempat2 menarik disekitar kawasan perbukitan.....Cuaca yg dingin dgn angin sepoi2 bahasa memberi kami peluang memulihkan tenaga selepas penat mengharungi perjalanan ribuan km selama hampir 3 hari utk sampai ke sini disamping aktiviti2 yg agak padat sambil mengecapi keindahan alam maya ciptaan yang maha esa......

Di kesempatan ini juga kami menjemput sekali Ustaz2/para petugas serta isteri bersiar-siar di Ladang Teh Choui Fong sbg tanda penghargaan menjaga anak2 muallaf ini spt anak mereka sendiri...Si Ustaz menguruskan perihal pengurusan dan pelajaran anak2 disini manakala si isteri pula diberikan tugas memasak...kebanyakan drpd mereka tiada pembantu utk meringankan tugas masing2 dek kerana kekurangan dana utk bayar gaji petugas...

Untk pengetahuan semua juga....ustaz2 dan isteri2 mereka yg bertugas di 5 pusat penempatan anak2 muallaf di Chiang Rai ini tidak bergaji tetap...Alhamdulillah khidmat mereka adalah semata2 kerana Allah jua...

Jika sesiapa diluar sana berminat dgn kerja amal jariah ini...dialu2kan utk sertai kami menjadi sebahagian keluarga Kedai Amal Akhirat (KAA)..

Insyaallah esok kami akan teruskan lawatan ke Pusat Penempatan Muallaf di Wienmok pulak sambil mengumpul data2 dan maklumat yg diperlukan utk tindakan selanjutnya bg tujuan penambahbaikan..