MADRASAH AL QURAN WAL HADIS JANNATUL ULUM (MANHAJ)
Terletak di Kg Batang Kali , berhampiran Sg Pinang & dikelilingi persekitaran yg damai dan menghijau. Didirikan di atas tanah wakaf dari seorg dermawan. Mendapatkan dana dari pelbagai sumber. DiusAhakan sepenuh masa oleh Ust Fadhli . Tanggal 9 Ogos 2015 adalah tarikh pembukaan MANHAJ secara rasmi. Pengajian di sini terbuka pada pelajar berumur 10 hingga 18 tahun , program hafazan dan juga utk Warga Emas.
Menerapkan pengajian berasaskan Al Quran dan As Sunnah sbgai teras. Menganjurkan pelbagai Daurah secara berkala dgn menguna pakai kitab2 yg muktabar. Spt yg tuan puan saksikan pada gambar di atas, aktiviti MANHAJ agak terhad kerana bahgian tingkat atas x dapat disiapkan kerana kekurangan dana. Malah ada sedikit lagi baki lama yg perlu di jelaskan pada pihak kontraktor..
Pihak kita ( KAA ) bercadang utk menghantar dalam 20 anak org Asli Kuala Mu utk menimba Ilmu di sini.
Memandangkan faciliti agak terhad , buat masa skrg pihak MANHAJ hanya dapat menerima pelajar lelaki sahaja. Dengan ini kami cuba mengerakan pencarian dana bagi membantu pihak MANHAJ utk menyiapkan bahagian atas dan melangsaikan baki lama pada pihak kontraktor.
Apabila ianya siap sepenuhnya, pihak MANHAJ InsyAllah berupaya menampung jumlah pelajar lelaki dan perempuan dgn mengikut garis panduan syariat. Memandangkan kos yg diperlukan agak besar , pihak KAA akan sentiasa membuka kutipan ini dan akan menyalurkannya pada pihak MANHAJ secara berperingkat2 mengikut jumlah kutipan yg diterima. Dgn lafaz Bismillah Kami mulai dgn sumbangan dari Dana KAA .
Harapan kami Ahli2 KAA dapat membuat perkongsian pada group whatsap dan facebook masing2...
Semoga kita semua bukan sekadar mendapatkan pahala infak tapi juga pahala sunnah ikutan yg baik..InsyAllah
Saluran Infak :-
KEDAI AMAL AKHIRAT
MAYBANK 562991007615
MAYBANK 562991007615