Home » » Kembara Dakwah Chiang Rai Dec 15 - Day 5(2)

Kembara Dakwah Chiang Rai Dec 15 - Day 5(2)

Written By KAA on Saturday, 2 January 2016 | January 02, 2016

Misi Dakwah KAA bersama Al Ansor Hari ke-5 jam 3pm. (Wian Mok & Mae Poa)

Dari ladang teh Chiong Fui kami terus ke pusat penempatan di Wiang Mok yg diuruskan oleh Ustaz Osman bersama isteti serta seorang pembantu dgn kapasiti pelajar seramai 42 org dan seterusnya mengakhiri lawatan yg penuh bersejarah ke destinasi terakhir iaitu di Mae Poe...

Pemandangan di Mae Poe mendamaikan fikiran. Tanah disekitar penempatan Mae Poe dimanfaatkan sebaik mungkin. Selain dari asas agama anak2 ini juga dididik menghargai tanah yg ada dgn aktiviti pertanian dan penternakan ikan darat sekaligus dpt mengurangkan bebanan perbelanjaan kos makanan utk lebih kurang 30 org yg kebanyakan drpd mereka berasal dr kawasan pergunungan sekitar...

Malah ada diantara anak2 ini ibu bapa mereka masih belum memeluk islam......dgn nilai murni uslub dakwah dan akhlak mulia yg dipamerkan oleh para daie kita menarik hati para ibu bapa utk membiarkan anak2 mereka diambil dan sererusnya dididik sbg seorg islam walau ada dikalangan mereka blm bersedia utk memeluk islam....

Kekangan dana yg agak terhad mengakibatkan urusan jihad dakwah tidak dpt dijalankan dgn lebih meluas...Harapan mereka adalah org2 spt kita utk sama2 memberi sokongan moral dan bantuan kewangan supaya kerja2 dakwah kpd non muslim dpt dijalankan dgn lebih tersusun....

Ada diantara mereka terdiri dari anak2 yatim dgn latar belakang yg cukup tragis...misalnya Fatimah dan ibunya dihalau oleh penduduk kampung ke hutan kerana dikatakan membawa sial....manakala adik Aminah pula yatiam piatu...si bapa dlm keadaan mabuk telah membunuh si ibu setelah berlaku pertengkaran dan kemudia membunuh diri selepas daripada itu...

Macam2 lagi la cerita sedih yg dpt kami kutip disepanjang lawatan kami pada kali ini...tiada yg dapat kami ungkapkan dgn kata2...hanya airmata menjadi saksi akan penderitaan hidup mereka...

Akhir sekali syabas diucapkan kpd adik2 kita di Wieng Mok dimana seramai 8 org telah berjaya melangkah kaki hingga ke menara gading...alhamdulillah...ini lah yg kita inginkan...setiap sen yg kita keluarkan dpt membuahkan hasil yg setimpal...jika tidak di dunia insyaallah ganjarannya akan kalian terima di akhirat kelak...

Jom sertai Kedai amal Akhirat...Selamatkan akidah mereka...1 Muslim 1 Muallaf

Singgah dipenempatan org bukit sblm ke Mae Poe