PROJEK : MENYALURKAN BANTUAN MAKANAN KEPADA MADRASAH MUIIN AL ISLAM PERSATUAN IBUBAPA ROHINGYA MERU KELANG SELANGOR.
PENYELIA KUTIPAN : KAK ZOE (012 6077549)
Sekolah tahfiz anak2 Ryohinga termasuk yg telah kehilangan ibu bapa memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan seperti mana anak2 kita...
Mempunyai 89 org pelajar.39org dpdnya termasuk anak2 Ibu Tungal Dan ibubapa miskin..
Manakala selebihnya 50 org telah menjadi anak2 yatim kerana keluarga mereka x dapat di kesan akibat pergolakan yg berlaku disana sebagaimana kita sedia maklum..
Mereka tiada bantuan tetap dan sekadar mengharapkan ihsan org ramai dan badan2 NGO bagi meneruskan kehidupan seperti manusia biasa...
Kami berkesempatan menziarahi bangunan kedai 2 tingkat yg dijadikan asrama Dan sekolah ...
Terkedu gak rasa di hati melihat sendiri ...anak2 ini hanya makan nasi hanya berlaukkan kuah kari terung je...
Dlm kesempitan yg sebegitu , mereka diuji Allah dgn kedatangan gerakan dakwah kristian yg dtg membawa bantuan.Namun mereka menolak atas dasar pegangan pada Islam yg dicintai...
Oleh itu saya merayu kpd semua sahabat/sahabiah yg di lebihkan rezeki oleh NYA agar menghulurkan bantuan bagi meringakan beban mereka....x kisah berapa pun jumlahnya....berilah ikut kemampuan kita...
Allah SWT juga berjanji akan memberi pahala dan ganjaran yang setimpal kepada kaum Muslimin yang membantu meringankan beban anak yatim dengan memberi sumbangan wang ringgit (derma atau sedekah). Banyak sedikit sumbangan yang diberikan itu bukan ukurannya, tetapi keikhlasan yang penting. Allah melihat apa yang ada dalam hati.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).
Maybank : Kedai Amal Akhirat
Acc Num : 5629910076159
Acc Num : 5629910076159
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhHgBN9ubBuRZ0oaKz4ix2y0XOw3I5EcQKxd8axc30DHOFm0c5bRNDP6PAYQ-oL_2MAUOWrBfjUnUXys-32CjsVxGOcA7UBsNSGo3rfkplNkCJYJZXa1YBVw2hxuola27U-wU9qCsDJOA/s400/Rohinya+Meru+1.jpg)