Home » » Program Ibadah Korban Anak2 Muallaf Chiang Rai 2015

Program Ibadah Korban Anak2 Muallaf Chiang Rai 2015

Written By KAA on Friday, 16 October 2015 | October 16, 2015

Program Ibadah Korban Anak2 Muallaf Chiang Rai 2015 @ Misi Bantuan Makanan

Mohon diberi perhatian atas apa yang bakal saya kongsikan.

Wakil KAA baru saja mendapat maklum dari pihak pengurusan penempatan anak2 mualaf di Chiang Rai. Sasaran lembu korban pada tahun ini masih belum mencukupi utk memenuhi bekalan daging selama setahun bagi keperluan nutrisi anak2 di 5 pusat penempatan muallaf Chiang Rai.

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Bila terbayangkan wajah anak2 disana yg kelaparan membuatkan kami berani menyahut cabaran serta tanggungjawab ini utk memenuhi bekalan daging mentah selama setahun yang amat2 diperlukan oleh mereka disana..

Mustahil utk kami mencapai matlamat ini berseorangan tanpa bantuan sahabat2 diluar sana...
Mungkin ada diantara kita yg terdetik dihati utk tidak menghiraukan keadaan mereka disana tetapi takkan tiada sekelumit pun perasaan hiba mengenangkan anak2 disana hanya makan alar kadar sedangkan kita bermewah2 dgn menu seharian..

Daging korban yg disumbangkan akan disejuk bekukan supaya boleh bertahan selama setahun. Kesian kan...kita disini mungkin tak pernah merasa kesusahan spt yg mereka rasakan...Bagi kita musim korban adalah hari utk kita bersedap-sedapan...bermewah-mewahan dgn pelbagai juadah bermenukan daging korban manakala mereka disana menggunakanya berdikit-dikit supaya bekalan dapat bertahan sepanjang setahun...

Kami pihak KAA mengalu-alukan kesudian sahabat2 diluar sana yg kiranya ada terbuka pintu hati utk sama2 berkongsi rezeki dgn anak2 ini atau sekurang2nya tolong war-warkan kpd rakan taulan sekelian...

Kepada yg berminat utk turut serta terlibat dgn program korban anak2 muallaf Chiang Rai boleh la menghubungi wakil pengurusan Kedai Amal Akhirat (KAA) Abu Adib 019 2121177

Sasaran Lembu : 11 Ekor
Harga Per Bahagian : RM550
Maybank : Kedai Amal Akhirat
No.Acc : 5629910076159

P/s : Harga lembu bergantung kpd saiz dan kadar tukaran wang semasa. Sekiranya ada lebihan dari harga yg ditetapkan, wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Dana Cemas. Pihak pengurusan Kedai Amal akhirat (KAA) tidak mengambil untung sedikit pon ke atas semua Projek Akhirat yg kami laksanakan. Doakan kami terus istiqomah.