LAMBAIAN ANAK-ANAK MUALAF MEA PAO DIBUMI CHIANG RAI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Centre Anak2 Mualaf Mea Pau atau Ban Mea Pao berada di dalam daerah Paya Meng Rai..
Berada di atas tanah seluas 6 rai atau lebih kurang 2 ekar yg di beli oleh Iman Ibrahim seorg doktor Chiang Rai..
Beliau telah mewakafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Chiang Rai dan mewakilkan kepada seorang hamba Allah untuk mengushakannya sebelum beliau berangkat ke Mekah..Bermula tahun 2011 ust Osman telah mengambil alihnya dari kumpulan tabligh dan menjadikan pusat penempatan serta pengajian anak2 mualaf di kalangan orang bukit di sekitarnya..
Sebuah masjid , asrama pelajar perempuan , asrama pelajar lekali, rumah ustaz dan sebuah rumah kayu 2 tingkat yg mengandungi tempat pngajian , tempat memasak , dewan makan adalah antara binaan yg ada dlm kawasan seluas 2 ekar ini...Tanggal 12 Mei 2016 jam 8.10 waktu tempatan , sebagaimana yg telah kita semua maklum , ribut puting beliung telah melanda dan menjejaskan sebahagian binaan di kawasan ini..
Alhamdulillah , tiada kemalangan jiwa berlaku dan sekarang ust sekeluarga bersama2 dgn para pelajar menumpang di 2 bilik kosong juga sebuah masjid yg tak terjejas...Ekoran tragedi tersebut , kami bersama2 beberapa NGO lain sedang berusha sedaya mungkin utk medapatkan dana bagi bagi tujuan baik pulih atau pembangunan semula Cente Mae Pao...
Insyallah..satu kertas cadangan dan lapuran kerosakan sedang di ushakan bagi tujuan itu..
Segala puji bagi Allah atas setiap kejadian yg berlaku tanpa kita mengetahui apa hikmah di sebaliknya..
Jika kita belajar untuk terus melihat, kita akan menyedari bahwa keburukan nasib kita, tak ada artinya nak dibandingkan dengan kesusahan hidup orang lain..Bersyukurlah kita dgn apa yg Allah pinjamkan kpd kita....
Makan , pakai , tidur , permainan mereka jauh berbeza dgn anak2 kita ..Air mata pun tak sanggup mewakili derita kehidupan mereka...Terasa amat berat utk hamba yg daif ini memperkatakan sesuatu yg tidak di amalkan namun cuba gagahkan dengan niat mengamalkannya...InsyAllah
Sama2 kita suburkan amalan kasih sayang dan bantu membantu dalam kita mencari Redha dan kasih- Nya..
Tangisan kita ketika berdoa dan solat malam atau rasa sayu dan sedih ketika tafakur di makam Rasulullah saw juga Air mata yg tetiba mengalir semasa dapat mengucup Hajarul Aswad bukan ukuran pada keredaan- Nya
Kerana penilian ada pada spritual atau roh dan bukannya ritual semata...Sesungguhnya keredaan Allah bukan sahaja ada di masjid atau surau tetapi di rumah anak-anak yatim, rumah orang miskin, rumah sakit, dan rumah kebajikan orang-orang tua...
Bertapa Allah telah mengingatkan akan perlunya kita menyantuni golongan sebegini..
Harus diingat, kita sebagai musafir yang didatangkan hanya sementara menghunikan alam dan pasti akan dijemput untuk pulang tiba detik ketikanya...Inilah peluang utk kita jadikan bekalan dan Allah menjanjikan peluang yg sama selagi niat dan tujuan kita hanyalah kerana -Nya..Insy Allah