Home » » Jelajah Dakwah Beswok/Besrah/Kuala Mu 13 -15 May 2016

Jelajah Dakwah Beswok/Besrah/Kuala Mu 13 -15 May 2016

Written By KAA on Saturday, 13 August 2016 | August 13, 2016

Jelajah Dakwah Beswok/Besrah/Kuala Mu 13 -15 May 2016...

Kronologi :

- Bertolak dari KL jam 11pm sampai di tempat berkumpul masjid felda lasah sg siput jam 2am.
- Tepat jam 4am..semua group dari Utara dan Barat tiba...convoi 10 4wd gerak masuk ke beswok dan tiba jam 6.20am tanpa halangan...alhamdulillah

- Team masak yg diketuai oleh pn Farida,Pn Maria,Pn Roziana dan Hartin menyediakan makanan pagi dan tengah hari sekaligus utk menjamu penduduk kampung..

- Jam 10am...bergerak dari rumah kerumah OA menyampaikan risalah islam dan selesai pada jam 12 tengah hari..

- Jamuan makan bersama penduduk kg meraikan kepulangan daie2 pelatih kaum org asli temiar.
- Solat zuhur dan teruskan perjalanan menuju pos Bersah yg dijangka tiba pada jam 2pm jika tiada halangan...


Bermula lah cabaran getir sebenar menanti kami sepanjang perjalanan ke pos bersah/kuala mu....

Perjalanan bermula ke beswok/kuala mu dlm keadaan cuaca yg cerah...namun x disangka hujan lebat mencurah2 membasahi bumi dipertengahan perjalanan menyebabkan perjalanan menjadi sukar kerana kekurangan grip disebabkan permukaan jalan menjadi licin....

Keadaan agak mencabar ketika mendaki bukit petai yg tinggi dlm hujan.....alhamdulillah dgn bantuan pinquazer dr utara..kesemua 4wd dapat meneruskan perjalanan setelah hampir 2 jam berusaha...
7 buah 4wd di iringi oleh 3 buah pinquazer meneruskan perjalanan dgn hati2...dikiri bukit dikanan pulak gaung...

Lebih kurang jam 5.30pm kami tiba di bukit cermin...cabaran disini berlipat kali ganda memenatkan berbanding cabaran di bukit petai..

Setakat jam 6.30pm cuma 2 buah 4wd shj yg berjaya melepasi sehingga kuala mu...

Manakala 8 buah lagi masih bergelumang dgn selut...malam hampir tiba...suasana mulai tegang..

Cubaan demi cubaan utk mendaki gagal..salah sebuah 4wd yg dipandu oleh abg zainal terputus hose break dan terpaksa ditinggalkan utk memberi laluan kpd 4wd lain utk cuba mendaki dlm keadaan permukaan yg licin dibasahi hujan....

Alhamdulillah sebuah pajero yg dipandu oleh abg Mujahid anak arwah ustz wahab berjaya melepasi cabaran tersebut dan tiba di kuala mu lewat jam 8.30pm di ikuti oleh pajero dari simpang pulai yg dipandu oleh abg Norhan selamat tiba jam 9 malam...

Usaha utk mendaki masih diteruskan...cubaan demi cubaan gagal...sehingga salah sebuah pinquazer pecah tayar......akhirnya sekitar jam 12 tengah malam...kami mengambil keputusan utk mengalah dan terpaksa meninggalkan 4wd masing2 kerana sudah tidak terdaya....dlm kelaparan dan kesejukan kerana hujan masih belum berhenti....kami terpaksa berjalan kaki mendaki bukit cermin menuju puncak bukit...

Kesian ada diantara kami terpaksa merangkak kerana permukaan tanah yg begitu licin amat menyukarkan sekali...

5 org pahlawan hutan mengambil keputusan utk berjalan kaki...dgn jarak ke pos kuala mu sekitar 4km shj mengambil masa hampir 2 jam....kecian huhuhu...

Slps semua yg masih tertinggal di kaki bukit cermin berjaya sampai ke puncak.....kami beresak2 menaiki 2 buah pinquazer menuju kuala mu....15 org lagi masih menunggu giliran utk dijemput kerana muatan pinquizer terhad kpd 10 org shj utk sebuah...

Tepat jam 1.30am kesemua ahli rombangan selamt tiba di Pos Besrah....Allah shj tahu betapa sukarnya cabaran kali ini.....

Bersamb.....