Home » » Hi Tea KAA 2016

Hi Tea KAA 2016

Written By KAA on Friday, 12 August 2016 | August 12, 2016

SALAM DARI ADMIN KAA

Setiap kita punya kewajiban untuk berdakwah. Harus ada yang menunaikannya di suatu tempat atau negeri.
Jika tidak ada , maka kefarduannya x terlepas Dari kita semua. Jika sudah ada yang menunaikan, maka yang lain gugur kewajibannya.
Para ulama memberikan kaedah, “Kewajiban itu tergantung pada kemampuan”.
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”
(QS. Ali Imran: 110).
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(QS. Al Baqarah: 286).
Dan apa yang diperintahkan bagi kalian, maka lakukanlah semampu kalian”
(HR. Bukhari no. 7288 dan Muslim no. 1337).
Untuk makluman , aktiviti kita merangkumi Dakwah & Kebajikan yg merentasi batasan Dan sempadan..
Aktiviti KAA Di Malaysia
---------------------------------------
Fokus kita kpd Dakwah Kebajikan
- Golongan2 Asnaf yg lapan
- Pembiayaan Van Thafiz
- Pembiayaan Bulanan utk pelajar MISKIN
- Bantuan berupa brg2 keperluan utk keluarga MISKIN
- Program Kembali Ke Sekolah ( Set Pakaian & Kelengkapan sekolah)
- Menyalurkan bantuan segera bagi saudara2 kita yg didatangi kesulitan dan Kematian
Aktiviti KAA di Luar Negara
-------------------------------------------
Fokus kita lebih utk menghapuskan Syirik Dan Menyebarkan Kalimah Tauhid ..
- Kebajikan utk 5 Pusat
Anak2 Mualaf CHIANGRAI
- Program 1 MUSLIM 1 MUALAF
- Kebajikan utk Para Diae Dan Kakitangan Pengurusan
- Program Ibadat KORBAN
- Pembangunan Masjid & Pusat2 Dakwah
Terkadang aktiviti kita terhimpit
oleh sumber kewangan KAA yg terhad..
Kami juga segan meminta2 utk Setiap kali KAA perlukan sumber kewangan kerana dari dikalangan ahli KAA juga ada tangung jawab masing2..
Bertitik tolak dari itulah, kami merancang pelbagai aktiviti dan program utk menjana Dana KAA spt :-
-Jualan Amal
-Program High Tea
-Jualan Kupon Infak
Bantuan sahabat2 amat kami perlukan oleh itu
kami menyeru Sahabat/ Sahabiah utk hadir dan menyokong program kami ini bagi menarik seberapa ramai penyertaan bagi mendengar penerangan "Beramal melalui skim potongan cukai pendapatan Dan juga zakat" bagi menjana sumber Dana KAA..
Bukan nilai yg kita utamakan , tapi usha kita perbuat utk agama ni lebih penting..
Berinfaklah mengikut kemapuan masing2 Dan apa yg penting ialah " niat yg ikhlas"
Hakikatnya, dakwah ke jalan Allah SWT adalah tanggungjawab semua dan
tanpa ada yang terkecuali..
Saya berpesan2 pada diri saya & pada saudara saudari agar semua Dari kita dapat menjankan kewajipan ini dgn bijksana Dan Hikmah Menyantuni orang ramai dengan Akhlak yang baik. Menunjukkan disiplin dalam tingkah laku, Jujur Dan Amanah sebagaimana tauladan yg ada pada junjungan kita Muhammad saw utk menzahirkan Islam yg di kagumi Dan di segani agar dapat kita memberikan gambaran yang baik Keindahan Islam kepada orang ramai terutamanya kpd nonmuslim..
Al Quran & As Sunnah is way of life..
Semoga dengan sedikit penjelasan ini semakin menyemangati Dan tersengat dijiwa kita untuk berdakwah , korbankan lah sedikit habuan dunia kita yg di kurniakan NYA utk dijadikan bekalan kg Akhirat kita selama lamanya..
"Barangsiapa memberi petunjuk pada kebaikan, maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikuti ajakannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun juga” (HR. Muslim no. 2674).
Jazakallahu khaira Kathira..
Wallahulam & Asalamualaikum
Program Hi Tea anjuran KAA utk mengumpul Dana bagi menampung aktiviti dakwah dan kebajikan didalam dan luar negara....Mohon support dari sahabat2 diluar sana Insyaallah