Home » » DANA KILAT MASJID KE 3 LAOS - TARGET 100K.

DANA KILAT MASJID KE 3 LAOS - TARGET 100K.

Written By KAA on Saturday, 13 August 2016 | August 13, 2016



DANA KILAT MASJID KE 3 LAOS - TARGET 100K. 

Masjid yg letaknya di pinggir bandar Laos ini adalah yg ke 3 selepas Masjid Azhar dan Masjid Jamek yg terletak di bandar Vientiane...Islam merupakan agama minoriti setelah melalui beberapa episod getir di negara bekas wilayah jajahan Perancis itu...

Pada 2 Ramadan yg lepas kami berkesempatan menziarahi Abg Karim sekeluarga dan pak cik Berahim ( warga tua yg gagah bermusafir dari kejauhan pendalaman Loas demi mempraktikkan Islam) adalah keterujaan kpd kami bertapa menggunung komitmen mereka bagi melonjakkan kehidupan beragama...

Dirumah Abg Karim mereka bertakbir dan sujud dlm mengerjakan solat jemaah , terawih , iftar juga sebagai tempat berkumpul meraikan hari lebaran...

Kendati lopak selut kewangan yg menyelimuti mereka serta polisi pemerintah di sana sebagai kekangan utk mereka membangunkan rumah Allah namun tidak melunturkan jiwa mereka utk beribadat..

Faktor kekurangan rumah ibadat , pertambahan mereka yg bersyahadah dan peluang utk memperkasakan sendi nadi dakwah dlm menyebar luaskan agama Ibrahim a.s ini , tersingkap initiatif kami utk membina sebuah masjid di sana..

Bongkahan pemikiran dan penyuluhan di tunjangi bersama dgn Al Ansor , Ust Osman Nongkai dan ahli KAA yg sentiasa komited menyokong setiap aktiviti kami..
Dengan segala usha dan pengemblengan dilakukan, alhamdulillah kami dapat membeli sebidang tanah bersebelahan rumah Abg Karim utk tujuan di atas..
Pembinaannya hanya bermula di akhir tahun lepas dek karenah birokrasi dgn budget asal 150k dan ditambahkan kpd 200k..

Separuh budgetnya datang dari Saudi , saudara2 Islam Thai dan selebihnya akan di ushakan oleh kita...InsyAllahPembinaan sedang berjalan dan 100k ++ telah dibelanjakan dan kami masih kekurangan 100k bagi menyiapkannya...

Ahamdulillah di kesempatan Ramadhan ini kami di rezekikan utk mengerakkan pencarian dananya setelah 3 kali tertangguh dan semoga Allah permudahkan serta perkuatkan semangat & usha kita...InsyAllah

"Barangsiapa yang membangun masjid, maka Allah akan bangunkan baginya semisalnya di surga.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Utk makkumat lanjut sila hubungi :-
Umu Ameera 017 282 4807
Zoe Mokhtar 012 607 7549
Saluran Infak :-
KEDAI AMAL AKHIRAT
MAYBANK 562991007615

* utk transaksi CDM , mita pm pada admin utk tujuan rekod ..Jazakallahu Khairan..
p/s: Sila LIKE & SHARE dlm whatsapp group dan fb masing2 kepada seramai mungkin...Insyallah