MISI DAKWAH bersama KAA & Al Ansor Jumaat : 18/12/15 : 3.30pm
Rombongan warga kedai amal akhirat bersama Al Ansor memulakan pengembaraan ke bumi chiang rai dlm misi melawat 5 pusat penempatan anak2 muallaf sambil menyampaikan sedikit bantuan kewangan amanat dari rakan2 KAA...
Check point di Padang Besar sebelum meneruskan perjalanan melalui jalan darat. Jarak perjalanan pergi balik dianggarkan 6000 km. Doakan keselamatan buat mereka.
Misi kali ini adalah utk membuat lawatan ke 5 pusat islamic centre anak2 muallaf (anak2 org bukit yg di islamkan manakala ibubapa mereka masih lagi non muslim) yg terletak di Phayou dan Chiang Rai..
Pada kali ini 2 team bergerak bersama2 dari Check Point sempadan Malaysia/Thailand dan akan berpecah bila sampai di R&R Chumpion..1 team yg diketuai oleh pengerusi Al Ansor Sheikh Qossim akan meneruskan perjalanan menuju ke Khon Khean utk majlis perasmian Masjid Ubaidulrahman hasil sumbangan KAA / Al Ansor dgn kerjasama penduduk setempat dan seterusnya ke Nongkai melawat pusat islam disana sblm meneruskan perjalanan ke Chiang Rai...
Walaupun jauh, tetapi badan tetap bertenaga utk meneruskan perjalanan dakwah ini..Jauh perjalanan, luas pemandangan.. memberi pelbagai inspirasi dan ketenangan rohani..
Segmen dakwah di negara orang tidak sama seperti di Malaysia.. rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dengan nikmat dakwah yg ada.. kerana, seperti di Thailand ini, jarak antara pusat dakwah amatlah jauh iaitu melebihi 700km dan masjid pula amat susah utk dijumpai..
Umat Islam Thailand amat dahagakan ilmu agama kerana ust amat jarang melakukan dakwah/kuliah di tempat mereka, mungkin kerana faktor jarak yg jauh.. jadi, setiap ilmu yg disampaikan akan ditelan, dihadam dan diamalkan mereka sepenuh hati....