Dana CHIANG RAI
Mengapa kita memerlukan 200 org x RM50 per org per bln = Total RM10,000 per bln ?
Kita ada 4 penempatan anak2 muaalaf di Chiang Rai...
1) Mae Pau 35org
2) Phangsa 50 org
3) Ban Huey 40 org
4) Wienmok 35 org
Tempat ke5 Payou seramai 20 org dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Ar Rahmah Msia (Affiliate Yayasan al Qayyum Msia).Setiap penempatan mempunyai 2 org ustaz....seorg bertindak sbg admin dan pengurusan trmasuk urusan mencari dana manakala seorg lagi menjaga pendidikan trmasuk mengajar al quran n fardhu ain.
Pusat2 ini TIDAK ADA SUMBER PENDAPATAN TETAP utk membiayai makan dan minum, belanja sekolah, kelengkapan sekolah dan elaun daei2. Mereka mengharap infaq dr KITA, organisasi n individu dr Msia, Thailand n lain2 negara.
Jika kita ada 200 org x RM50 per org = RM10, 000 per bln, apa kita dpt :-
1) Membeli bekalan makanan, minuman, ubat2an n keperluan2 lain pd puratanya RM3,000 per bln n jumlah ni cukup utk lebih kurang 2 minggu, selebihnya dpt d tampung oleh group lain.
2) Dpt byr saguhati pd 7 org daei sebyk RM300 per org. Ini sgt minimal krn mereka bertugas siang n mlm n isteri2 mereka turut memasak n menjadi ibu pd anak2 yg dlm jagaan mereka yg d amanah oleh ibu bapa anak2 tersebut yg kebanyakkan masih belum Islam.
Wpun kebanyakkan ibu bapa mereka masih kafir, kita berharap anak2 yg membesar dlm suasana Islam n memahami asas2 Islam akan membesar sebagai daei kpd puak mereka spt puak Monk, Liso, Akha dll.
Secara x langsung penyebaran kalimah tauhid akan terus meluas kpd keluarga terdekat dan penduduk kampung mereka.
Beberapa org dr anak ini telah graduate dlm berbagai bidang d peringkat kolej n Universiti. Tugas kita sgt senang berbanding daei2 yg telah menafkahkan hidup mereka pd jalan dakwah Islamiah sepanjang hidup...iaitu infaq RM50 je per bln dan in syaa Allah ganjaran yg besar menanti kita di hari perhitungan kelak...
Dengan bilangan penyumbang Dana Chiang Rai bulanan setakat ini (90 org) kita cuma mampu supply makanan 2 bulan sekali dan seringkali elaun saguhati utk para ustaz disana sedikit terjejas...
Ajaklah sahabat2 kita bersama2 dlm kebaikan ini agar jumlah bilangan penginfaq melebihi 200 org utk merealisasikan aktiviti dakwah kpd non muslim ini dapat diteruskan segiat mungkin...
Bagi yg ada masa dan berhajat ingin melihat sendiri....in syaa Allah awal bln Nov ini Prof Bari akan mengetuai rombongan ziarah ke sana...