[BERBUAT BAIK PADA ORANG MISKIN, MELEPASI BATAS KEPENTINGAN]
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, ORANG ORANG MISKIN, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri, (4:36)
Lebih belasan ayat Al Quran, Allah seru berbuat baik pd org miskin. Kenapa dan apa disebalik hikmah seruan ini? Sungguh kalian akan dapati berbuat baik pd mereka mengajar kita utk melepasi batas kepentingan.
Manusia ini jika tiada kepentingan dlm diri dan urusannya, tak adalah masa utk dia sibukkan diri dan susahkan dirinya melaksanakan sesuatu urusan. Umpama kalau bos minta tlg bantu dia, kereta rosak di luar waktu pejabat dan perlukan kenderaan atau sesiapa utk pickup beliau. Org pertama yg dia terdetik utk minta bantuan adalah kita. Walau kerja tersebut bukan kerja urusan pejabat, tapi utk Bos syarikat kita bole luangkan masa bantu dia walau di luar waktu pejabat. Mungkin dlm perasaan kita terdetik, Bos minta tlg aku, sekurangnya dia akan ingat pd aku satu kebaikan atau ada peluang nak naik pangkat dan gaji atau seumpamanya.
Atau kwn kita minta tlg, dia dlm kesusahan. Kwn yg selalu susah dan senang bersama. Sekurangnya kita bantu atas dasar dia kwn baik kita.Atau guru/lecturer minta hantarkan brg dia dari pejabat ke parking kereta dia. Kita usaha bantu ringankan beban dia, atas dasar adab dan kebaikan seorang guru yg kita tuntut ilmu darinya.
Atau jiran kita, anak dia demam dan perlukan bantuan utk hantar ke klinik. Kita juga pasti bantu luangkan masa utk membantunya, atas dasar jiran dan berbuat baik pd sesama rukun tetangga.
Memanglah tak dinafikan semua itu suatu kebaikan. Dan pasti nilai kebaikan dibalas pahala ganjarannya dari Allah.
Tapi, kenapa Al quran seru begitu banyak tempat utk buat baik pd org miskin. Bahkan yg meminta dan yg tidak meminta لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta) (70:25)
Kesemuanya itu Allah nak didik kita, mengajar kita dengan suatu kaedah yang mampu mencapai suatu maqam erti berbuat baik kepada sesiapa sehingga kita dan dia tiada batas kepentingan. Itu lah kemuncak nilai KEIKHLASAN yang dituntut dalam kehidupan. Dalam beribadah kepadaNya.
Ikhlas. Tidak dapat dicari dengan duduk di masjid dan bercakap di meja kuliah. Tidak juga didapati ulang alik dari rumah ke kelas pengajian. Tidak juga dicapai jika lepak di kedai kopi berbual dan berdiskusi hal2 keagamaan dan kemanusiaan. Bahkan tak mampu diraih hanya dengan sekadar menulis dan bercakap sana sini tanpa cetusan sebarang tindakan.
Sungguh indah dan kritis Al Quran mengajar kita dalam mencari makna Ikhlas dalam jiwa. Ia berada di sebalik berbuat sesuatu melebihi batas kepentingan. Suatu nilai yang tidak mungkin didapati dalam silibus pendidikan tetapi ianya mampu diraih dalam silibus kehidupan bagi yang mencari erti hidup pada memberi.
Nabi s.a.w juga menjanjikan
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).
Sebab itu berbahagialah pd mereka yang pulang ke pangkuan Tuhan dalam keadaan Qalbun salim.
إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih, (26:89)