LATARBELAKANG



Berikut adalah sedikit maklumat bagi mereka baru melibatkan diri dengan aktiviti dakwah di Thailand terutamanya di Chiang Rai dan Laos.


Aktiviti dakwah di Thailand khususnya di kawasan Chiang Rai telah bermula sejak 15 tahun yang lalu. Ia di pelopori oleh beberapa orang ustaz dari Selatan Thailand dan Malaysia. Sehingga kini, aktiviti dakwah di kawasan ini menunjukkan bibit kejayaan walaupun terdapat berbagai rintangan dari segi pembangunan fizikal, kewangan, pengurusan, perundangan dan sosial.

Aktiviti dakwah di utara Thailand berbeza sedikit dengan tempat lain. Matlamat dan focus dakwah secara umum adalah tertumpu kepada orang kafir khususnya orang-orang bukit (OB) dari berbagai suku termasuk Hmong, Akha, Lisu, Lahu dan lain-lain. Mereka ini kebanyakkannya atheis atau aneisma dan segelintir Buddhist dan Kristian.  Mereka tinggal di kawasan bukit dan pergunungan; agak jauh dan terpencil dari pekan/Bandar, tiada kemudahan asas seperti air dan letrik dan hampir keseluruhan mereka bertani.

Sejak dari awal hingga sekarang, fokus utama aktiviti dakwah ialah mendapat izin dari ibu/bapa orang bukit untuk :-

(a) membawa anak-anak mereka yang berumur kurang dari 12 tahun ke salah satu dari lima (5) pusat penempatan yang ada;

(b) di Islamkan dan diajar al Quran dan asaspengajian Islam sehingga peringkat menengah pada waktu petang dan malam;

(c) pada waktu pagi mereka dihantar kesekolah kerajaan Thailand untuk memperolehi pelajaran asas yang diwajibkan oleh negara dan

(d) diberi pakaian sekolah dan belanja harian, makan, minum, tempat tinggal, rawatan perubatan dan lain-lain selama mereka berada di tempat-tempat penempatan tersebut sehingga tamat persekolahan.

Segelintir dari ibu bapa mereka telah memeluk Islam; namun demikian aktiviti susulan untuk meningkatkan pengetahuan Islam dan memantapkan aqidah mereka belum dapat dilaksanakan kerana kekurangan sumber manusia dan dana kewangan yang terhad.